Alhamdulillahi Rabil Alamin. Segala puji hanya layak bagi Allah Subhanahu Wata’ala. Selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga baginda, amma ba’du.Selamat berimtihan
Firman Allah Subhanuhu Wata’ala yang bermaksud:
“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaum-ku! Kalau sesungguhnya kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepada-Nya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).” Surah Yunus; Ayat ke-85
Dalam kesempatan yang genting ini, saya percaya kebanyakan daripada kita sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan. Pelbagai persiapan yang dilakukan. Menghadiri kelas tutorial, study group, buat nota dan pastinya menjadi teman yang setia dengan kitab adalah rutin sebelum dan semasa peperiksaan.
Saya pula hanya mahu membuat pesanan agar dalam kita melakukan 1001 persiapan, pastikan tawakal kita adalah bulat kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Biar apa dan siapa pun kita sebelum ini, pastinya ia bukanlah ukuran yang membolehkan kita meramal apa yang bakal berlaku. Jika kita pernah berjaya, buang jauh over confident yang akan menjadikan kita leka, abaikan usaha dan angkuh dengan Allah Subhanahu Wata’ala. Jika kita pernah gagal, apa salahnya dibuang jauh pesimis lantas menukarkannya dengan optimis yang akan membangkitkan sikap orang berjaya, menambah usaha dan paling penting serahkan semuanya pada Allah.
Tiada kalam yang mampu saya panjangkan nasihat melainkan pesanan agar bersangka baiklah dengan Tuhan dan ucapan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua. Kata hukama’ “usaha tangga kejayaan”. Selamat berusaha dan berdoa.
Alumni KPKM di Kelantan
Dalam kesempatan yang terhad ini saya mahu nyatakan sokongan dan sekaligus secara rasmi mengumumkan penubuhan Alumni KPKM di Kelantan yang baru ditubuhkan lewat November 2009. Penubuhan ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan.
Untuk makluman juga, Alumni KPKM di Kelantan ini masih dalam peringkat jawatankuasa penaja yang dipengerusikan oleh ustaz Zulkifli Yusof serta beberapa ahli jawatankuasa penaja yang lain.
Saya dimaklumkan, antara objektif penubuhan Alumni KPKM di Kelantan adalah untuk mengumpulkan seluruh anak-anak Kelantan lepasan mahasiswa-mahasiswi Mesir. Ia merangkumi semua bidang pengajian. Disamping itu penubuhan ini adalah bertujuan membantu urusan antara KPKM dan pihak pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Justeru mewakili seluruh AJKT dan AJKH, saya bulatkan sokongan dan letakkan harapan yang besar dengan agenda yang bakal memberikan kemudahan dan kebajikan kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi Mesir sama ada yang masih berada di sini atau telah pulang ke Malaysia.
Meja Ping Pong sumbangan YB Dr.Abdul Fatah Mahmood
Dalam kesempatan ini juga, saya rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan Dan NGO, YB Dr.Abdul Fatah Mahmood (Gambar) di atas kesudian meluluskan pembelian meja ping pong bagi kegunaan anak-anak Kelantan di sini. Untuk makluman sebanyak dua buah meja ping-pong telah diluluskan oleh YB Dr. Abdul Fatah dengan penilaian harga di Malaysia pada November 2009. Walaubagaimana pun hanya sebuah sahaja meja ping pong yang boleh dibeli memandangkan harga sebuah meja ping pong di sini menyamai dengan dua buah meja ping pong di Malaysia.Pihak KPKM amat berterima kasih di atas budi bicara dan kesudian pihak YB Dr Abdul Fatah menyediakan kemudahan sukan yang semakin mendapat tempat dikalangan ahli KPKM di sini.
Anak-Anak Kelantan Mesir dan serangan pegawai baru JPMK
Saya telah dimaklumkan secara lisan oleh sejumlah besar anak-anak Kelantan yang telah membuat urusan di JPMK bahawa sebahagian daripada mereka telah diserang mulut oleh salah seorang pegawai baru ketika urusan.
Antara serangan termasuk memalukan anak-anak Kelantan dengan kenyataan pihak JPMK melakukan urusan tandatangan surat, terjemahan akuan universiti, pengesahan salinan asal hanyalah bersifat ‘ehsan’ ekoran daripada isu pendaftaran persatuan.
Saya percaya serangan tersebut berniat untuk menyerang persatuan. Walaubagaimana pun saya ingin tegaskan bahawa soal persatuan, ia adalah antara persatuan dan pihak kerajaan negeri. Justeru urusan setiap individu pelajar yang memegang pasport Malaysia adalah dibawah tanggungjawab pihak kedutaan dan sudah tentunya ia juga menjadi tugas pihak JPMK. Sehubungan dengan itu, adalah salah dan melanggar etika kerja menafikan hak anak-anak Kelantan sedangkan Kelantan juga adalah sebahagian daripada Malaysia. Pernah saya katakan bahawa dalam banyak kes yang melibatkan urusan pelajar, saya mohon untuk tidak dipolitikkan. Jangan nafikan hak pelajar Kelantan kerana kami juga adalah warganegara Malaysia.
Saya mohon pada pegawai baru tersebut untuk berhenti daripada menyerang dan mewakili anak-anak Kelantan, saya mohon agar kami tidak dianak-tirikan. Saya percaya semua anak-anak Kelantan di sini tidak mahukan layanan ehsan tetapi kami mahukan ‘royalti’. Maaf, saya hanya suarakan hak.
KPKM dan bulan imtihan
Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, sejak berzaman PMRAM mengamalkan qarar tawaquf semua program kecuali motivasi dan kelas study group. Justeru KPKM juga tidak terkecuali menyahut agenda besar ini. Tumpukan pada mentelaah pengajian dan mantapkan motivasi diri agar menghadapi peperiksaan dengan tenang dan penuh persiapan.
Semoga kejayaan akan jadi milik kita. Saya mohon maaf andai ada terkasar bahasa dan terlanjur kata. Sekian, wassalam.
MUHAMMAD NAJID ABDULLAH
Yang Dipertua,
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2009/2010.
24 Muharam 1431H / 10 Januari 2010M

Oleh Rosnidawati Md Noor
Ketua Hewi Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2009/2010
Kuliah Syariah Islamiah
Tiap-tiap perkara yang tinggi untuk dicapai, ia berhajat kepada pengorbanan yang cukup besar, dengan meninggalkan kelazatan kehidupan semata-mata. Contohnya, bagi para peniaga yang bermusafir jauh, mereka perlu menempuh pelbagai cabaran di dalam perjalanan mereka, tetapi penat lelah itu hilang apabila mendapat keuntungan yang besar. Begitulah juga penuntut ilmu, mereka telah mencari ilmu dengan penat lelah, bangun di waktu malam semata-mata untuk mengulangkaji ilmu yang mereka pelajari, tetapi penat lelah semua itu tidak terasa apabila memperoleh kejayaan yang diinginkan.
Kepada sahabat-sahabiah yang belum mencapai kejayaan, janganlah kamu berputus asa di dalam menuntut ilmu. Biar apa pun yang terjadi hanya ilmulah yang kita inginkan. Bersyukurlah kita kepada Allah kerana dianugerah keupayaan untuk belajar, di mana keupayaan ini tidak dikurniakan kepada semua orang. Janganlah kita menganggap kegagalan di dalam peperiksaan merupakan kegagalan yang perlu diratapi, sebaliknya kita menganggap ia merupakan satu cabaran kepada golongan yang menyintai cabaran dan ujian. Marilah kita menjadi orang yang mampu mengubah kegagalan kepada kejayaan. Itulah kejayaan yang sebenar.
Lihatlah peristiwa Uhud, tentera Islam tewas tetapi ia tidak melemahkan iman mereka, sebaliknya mereka terus memperbaiki kelemahan untuk terus berjuang di jalan Allah. Sahabat-sahabiah, apabila kita semua berada dalam perjuangan ilmu, setiap kegagalan mempunyai hikmah tersendiri yang mungkin kita dapat mengerti atau tidak mampu kita mengerti. Apa yang paling penting ialah belajar dan juga berdoa mesti diteruskan. Nabi Musa a.s telah berdoa kepada Allah Ta'ala meminta diberi kemenangan tetapi hanya selepas 40 tahun barulah kemenangan itu muncul. Tetapi di dalam masa yang sama, Nabi Musa tetap terus gigih berdakwah dan berjuang tanpa sebarang jemu dan bosan.
Begitu juga dengan kita, janganlah kita bosan membaca dan belajar. Jangan jadikan kegagalan di dalam peperiksaan sebagai punca kelemahan kita, kerana peperiksaan itu hanyalah sebagai alat penilai kepada ilmu kita bukannya matlamat yang paling tinggi. Janganlah gusar dengan kegagalan kerana ia datang dan pergi.
Allah Ta'ala lebih mengetahui pada waktu mana yang sesuai doa seseorang itu dimakbulkan dengan mengikut kehendak-Nya bukannya kehendak hamba. Sekiranya kita diberi faham tentang Allah, nescaya kita akan memahami sebarang takdir Allah. Kenapa kita ditakdirkan sedemikian, Kita mungkin mengetahui jawapannya jika kita dapat merenungnya dengan baik. Kadang-kadang halangan daripada Allah adalah sebagai kurniaan kepada kita, mungkin Dia ingin kita lebih dekat dengan-Nya dan mungkin Dia ingin kita berdoa selalu kepada-Nya. Apakah ilmu yang diterima oleh pelajar itu tidak bernilai harganya dan menyebabkan mereka yang gagal di dalam peperiksaan merasa kecewa tanpa rasa bersyukur atas kurniaan ilmu yang dipelajari. Janganlah berputus asa, kerana ia akan menyebabkan kita menjadi lemah dan tidak berdaya. Marilah kita bersangka baik kepada Allah.
Allah mencipta kita maka Dia mengetahui apa yang sesuai dengan hambanya. nYakinlah pada diri kita, maka kita akan mampu melakukan apa sahaja yang kita inginkan dengan izin Allah.
Sesungguhnya kejayaan itu adalah rahsia Allah yang tersembunyi agar kita tidak berputus asa. Maka jadikan ia sebagai pemangkin kepada kita untuk mencapai kejayaan. "Apabila seseorang itu tidak diberi pertolongan oleh Allah, maka perkara pertama yang menghancurkannya adalah usahanya"
Ayuh wahai pemuda dan pemudi, berpijaklah di bumi nyata. Kitalah yang bakal menyambung mata rantai perjuangan para Nabi dan Rasul serta pejuang terdahulu .Gilapkan paradigma yang positif dan inovatif di kognitif masing-masing demi memasakkan jiwa-jiwa yang bersatu di bawah panji Islam. Ayuh kita berusaha menjadi pelajar yang cemerlang, kerana kitalah umat yang paling layak dikaitkan dengan istilah kecemerlangan. Kitalah bangsa yang paling bertamadun, kita juga golongan yang paling tinggi darjatnya, hanya sekiranya kita memilih Islam sebagai cara hidup…kerana mulianya kita kerana adanya Islam.
Tepuk dada tanyalah iman. Jangan tanya Aiman, nanti Aiman tak kisah. Fikir-fikirkanlah.One faith unites us all.
P/S: Ini adalah kata-kata renungan untuk kita bersama.
Akhawat = Semua Lulus
Ikhwah =
01- Ab Hamid bin Awang @ Ghazali - Lulus
02- Abdul Hadi bin Zaa'ba - Belum Pasti
03- Abdul Hafiz bin Mat Nawi - Lulus
04- Abdul Hanan bin Zaa'ba - Lulus
05- Abdullah bin Mohd Shukri - Lulus
06- Ahmad Aiman Zulhilmi bin Che Mahmood - Lulus
07- Ahmad Faiz Hafizuddin bin Rosli - Lulus
08- Ahmad Fathi Ridza bin Mat Nor - Lulus
09- Ahmad Hilmi bin Mohd Ghazali - Lulus
10- Ahmad Muaz bin Mohd Hairudin - Lulus
11- Ahmad Nidzamuddin bin Abdul Ghaffar - Lulus
12- Ahmad Shakir bin Muhamad Faleh Lai - Lulus
13- Ahmad Subhi bin Zainal Abidin - Lulus
14- Ahmad Syukri bin Sarapudin - Lulus
15- Ahmad Tajuddin bin Ahmad Tarmizi - Lulus
16- Ahmadu Zikri bin Ar Azmi - Lulus
17- Arif Syuhadat - Lulus
18- Asief Baihaqy bin Mohd Isa - Lulus
19- Badruzzaman bin Mat Nasir - Lulus
20- Bukhari Aqili bin Che Wil - Lulus
21- Burhanuddin bin Mamat - Lulus
22- Habil bin Mohamed Hissin - Belum Pasti
23- Hafizzudin bin Abdul Halim - Lulus
24- Ibrahim bin Ab Hamid - Lulus
25- Md Haikal bin Inche Md Shamsuddin - Lulus
26- Mohamad Fauzi bin Abdul Salam - Lulus
27- Mohamad Firdaus bin Zakaria - Lulus
28- Mohamad Syukri bin Mohd Rosdi - Lulus
29- Mohamad bin Mohamad Zin - Lulus
30- Mohammad Hafiza bin Hasni - Lulus
31- Mohammad Haliz Syafiq bin Zakaria - Lulus
32- Mohammad Nurul Amin bin Abdul Rahman - Lulus
33- Mohd Atif Banin bin Mat Hassan - Lulus
34- Mohd Fadhel bin Abd Kadir - Lulus
35- Mohd Faez bin Ahmad - Lulus
36- Mohd Faiq bin Ab Rahim - Lulus
37- Mohd Fakhrullah bin Ab Kadir - Lulus
38- Mohd Fakhruddin bin Ab Rahman - Lulus
39- Mohd Firdaus bin Husin - Belum Pasti
40- Mohd Hafiz bin Junoh - Lulus
41- Mohd Hazir bin Che Hasim - Lulus
42- Mohd Hazri bin Che Muda - Lulus
43- Mohd Helmi Faisal bin Che Hashim - Lulus
44- Mohd Huraira bin Zulkifli - Lulus
45- Mohd Isyamfuan bin Rojalai - Lulus
46- Mohd Khairuddin bin Abdul Mutalib - Lulus
47- Mohd Khairul Afif bin Mohd Ghazali - Lulus
48- Mohd Khairul Amin bin Hasdi - Lulus
49- Mohd Roduan bin Saudi - Lulus
50- Mohd Sheikh Razi bin Daud - Lulus
51- Mohd 'Ubaidillah bin Razali - Lulus
52- Mohd Yusof bin Yajid - Lulus
53- Mohd Yusuff bin Alias - Lulus
54- Mohd Zaaid bin Mohd Lazim - Lulus
55- Mohd Zuhaili bin Ramli - Lulus
56- Muhamamd Yusoff bin Abdul Ghani - Lulus
57- Muhamed Al Azahari bin Yusoff - Lulus
58- Muhammad Abqari bin Mohd Afandi - Lulus
59- Muhammad Ali Sobri bin Mohd Nasir - Belum Pasti
60- Muhammad Azri bin Che Khalid - Lulus
61- Muhammad Baihaqi bin Kari - Lulus
62- Muhammad Bukhari bin Saari - Lulus
63- Muhammad Ismail bin Hashim - Lulus
64- Muhammad Najid bin Muhamad Azani - Lulus
65- Muhammad Nor Rasyimee bin Mohd Yusoff - Lulus
66- Muhammad Omar bin Ismail - Lulus
67- Muhammad Safwan bin Amran - Lulus
68- Muhammad Sofuan bin Shaberi - Lulus
69- Muhammad Zulfadhli bin Mohd Razi - Lulus
70- Nik Faisal bin Nik Ismail - Lulus
71- Nik Mohamad Syaziman bin Nik Mohd Zamri - Lulus
72- Nor Ihsan bin Mohd Hanafi - Lulus
73- Norazman bin Omon - Lulus
74- Rafizani bin Ramli - Lulus
75- Rifaat bin Rapie @ Shafie - Lulus
76- Syed Ahmad Ridhwan bin Sayed Mohd Zain - Tidak Hadir
77- Ubaidillah bin Mamat - Belum Pasti
78- Wan Ahmad Hazwan bin Abdul Rahman @ Wan Sulaiman - Lulus
79- Wan Jalaluddin bin Wan Ismail - Lulus
80- Wan Mohamad Ibrahim bin Wan Dollah - Lulus
81- Wan Mohd Hadiey bin Yosoff - Belum Pasti
82- Wan Syahrul Munir bin Wan Husin - Lulus
83- Wan Ziadul Khair bin Wan Mustafha - Belum Pasti
84- Zafrullah bin Mohd Sabri - Lulus
85- Zaieman bin Mohamed - Lulus
Ikhwah =
01- Ab Hamid bin Awang @ Ghazali - Lulus
02- Abdul Hadi bin Zaa'ba - Belum Pasti
03- Abdul Hafiz bin Mat Nawi - Lulus
04- Abdul Hanan bin Zaa'ba - Lulus
05- Abdullah bin Mohd Shukri - Lulus
06- Ahmad Aiman Zulhilmi bin Che Mahmood - Lulus
07- Ahmad Faiz Hafizuddin bin Rosli - Lulus
08- Ahmad Fathi Ridza bin Mat Nor - Lulus
09- Ahmad Hilmi bin Mohd Ghazali - Lulus
10- Ahmad Muaz bin Mohd Hairudin - Lulus
11- Ahmad Nidzamuddin bin Abdul Ghaffar - Lulus
12- Ahmad Shakir bin Muhamad Faleh Lai - Lulus
13- Ahmad Subhi bin Zainal Abidin - Lulus
14- Ahmad Syukri bin Sarapudin - Lulus
15- Ahmad Tajuddin bin Ahmad Tarmizi - Lulus
16- Ahmadu Zikri bin Ar Azmi - Lulus
17- Arif Syuhadat - Lulus
18- Asief Baihaqy bin Mohd Isa - Lulus
19- Badruzzaman bin Mat Nasir - Lulus
20- Bukhari Aqili bin Che Wil - Lulus
21- Burhanuddin bin Mamat - Lulus
22- Habil bin Mohamed Hissin - Belum Pasti
23- Hafizzudin bin Abdul Halim - Lulus
24- Ibrahim bin Ab Hamid - Lulus
25- Md Haikal bin Inche Md Shamsuddin - Lulus
26- Mohamad Fauzi bin Abdul Salam - Lulus
27- Mohamad Firdaus bin Zakaria - Lulus
28- Mohamad Syukri bin Mohd Rosdi - Lulus
29- Mohamad bin Mohamad Zin - Lulus
30- Mohammad Hafiza bin Hasni - Lulus
31- Mohammad Haliz Syafiq bin Zakaria - Lulus
32- Mohammad Nurul Amin bin Abdul Rahman - Lulus
33- Mohd Atif Banin bin Mat Hassan - Lulus
34- Mohd Fadhel bin Abd Kadir - Lulus
35- Mohd Faez bin Ahmad - Lulus
36- Mohd Faiq bin Ab Rahim - Lulus
37- Mohd Fakhrullah bin Ab Kadir - Lulus
38- Mohd Fakhruddin bin Ab Rahman - Lulus
39- Mohd Firdaus bin Husin - Belum Pasti
40- Mohd Hafiz bin Junoh - Lulus
41- Mohd Hazir bin Che Hasim - Lulus
42- Mohd Hazri bin Che Muda - Lulus
43- Mohd Helmi Faisal bin Che Hashim - Lulus
44- Mohd Huraira bin Zulkifli - Lulus
45- Mohd Isyamfuan bin Rojalai - Lulus
46- Mohd Khairuddin bin Abdul Mutalib - Lulus
47- Mohd Khairul Afif bin Mohd Ghazali - Lulus
48- Mohd Khairul Amin bin Hasdi - Lulus
49- Mohd Roduan bin Saudi - Lulus
50- Mohd Sheikh Razi bin Daud - Lulus
51- Mohd 'Ubaidillah bin Razali - Lulus
52- Mohd Yusof bin Yajid - Lulus
53- Mohd Yusuff bin Alias - Lulus
54- Mohd Zaaid bin Mohd Lazim - Lulus
55- Mohd Zuhaili bin Ramli - Lulus
56- Muhamamd Yusoff bin Abdul Ghani - Lulus
57- Muhamed Al Azahari bin Yusoff - Lulus
58- Muhammad Abqari bin Mohd Afandi - Lulus
59- Muhammad Ali Sobri bin Mohd Nasir - Belum Pasti
60- Muhammad Azri bin Che Khalid - Lulus
61- Muhammad Baihaqi bin Kari - Lulus
62- Muhammad Bukhari bin Saari - Lulus
63- Muhammad Ismail bin Hashim - Lulus
64- Muhammad Najid bin Muhamad Azani - Lulus
65- Muhammad Nor Rasyimee bin Mohd Yusoff - Lulus
66- Muhammad Omar bin Ismail - Lulus
67- Muhammad Safwan bin Amran - Lulus
68- Muhammad Sofuan bin Shaberi - Lulus
69- Muhammad Zulfadhli bin Mohd Razi - Lulus
70- Nik Faisal bin Nik Ismail - Lulus
71- Nik Mohamad Syaziman bin Nik Mohd Zamri - Lulus
72- Nor Ihsan bin Mohd Hanafi - Lulus
73- Norazman bin Omon - Lulus
74- Rafizani bin Ramli - Lulus
75- Rifaat bin Rapie @ Shafie - Lulus
76- Syed Ahmad Ridhwan bin Sayed Mohd Zain - Tidak Hadir
77- Ubaidillah bin Mamat - Belum Pasti
78- Wan Ahmad Hazwan bin Abdul Rahman @ Wan Sulaiman - Lulus
79- Wan Jalaluddin bin Wan Ismail - Lulus
80- Wan Mohamad Ibrahim bin Wan Dollah - Lulus
81- Wan Mohd Hadiey bin Yosoff - Belum Pasti
82- Wan Syahrul Munir bin Wan Husin - Lulus
83- Wan Ziadul Khair bin Wan Mustafha - Belum Pasti
84- Zafrullah bin Mohd Sabri - Lulus
85- Zaieman bin Mohamed - Lulus

















